fb fb fb fb fb

Ivory Coast hantar 50 juta liter petrol sebulan ke Guinea

Insiden letupan dan kebakaran di depoh minyak di Conakry mengorbankan 24 nyawa / REUTERS

ABIDJAN, 28 Disember- Ivory Coast akan menghantar 50 juta liter petrol sebulan ke Guinea.

Ia berikutan letupan dan kebakaran di depoh bahan api utama negara itu.

"Ivory Coast telah berusaha untuk menghantar 50 juta liter petrol sebulan ke Guinea," kata seorang wartawan dari Radio Television Ivoirienne (RTI), tanpa menyatakan tempoh penghantaran.

Menteri Kewangan Guinea, Moussa Cisse telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Perlombongan, Petroleum dan Tenaga Ivory Coast Mamadou Sangafowa Coulibaly di Abidjan pada Rabu.

Kontrak akan ditandatangani hari ini, lapor RTI sambil menambah bahawa Guinea memerlukan 70 juta liter petrol sebulan.

Sekurang-kurangnya 24 orang maut dan 454 lagi cedera dalam letupan 18 Disember di ibu negara Guinea, Conakry.

Kebakaran yang terhasil mengambil masa sembilan hari untuk dipadamkan.

Guinea meneruskan pengedaran bahan api pada hari Sabtu tetapi mengenakan had 25 liter bagi setiap kereta dan 5 liter bagi setiap kenderaan dua atau tiga roda.

Negara itu telah kehilangan petrol sejak letupan berkenaan sekali gus menyebabkan sebahagian besar ekonomi terhenti.

Demonstrasi minggu lalu di beberapa kawasan menyebabkan pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan anak muda menuntut pemulangan petrol ke stesen minyak.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE