WASHINGTON, 28 Disember- Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu memberikan kemenangan terhadap Apple dengan menarik balik larangan penjualan jam pintar model terbaharu keluaran syarikat berkenaan di AS susulan pertelingkahan berkaitan isu paten dengan Syarikat kesihatan, Masimo.
"Kami sangat teruja untuk mengembalikan Apple Watch kepada pelanggan tepat pada masanya untuk tahun baharu," kata jurucakap Apple dalam e-mel kepada AFP.
"Apple Watch Series 9 dan 'Apple Watch Ultra 2', yang dilengkapi dengan teknologi pengesanan kadar oksigen dalam darah, akan tersedia untuk pembelian semula di di Apple Stores mulai hari ini dan di apple.com esok pada pukul 12 tengah hari (waktu tempatan)" tambah e-mel berkenaan.
Larangan penjualan terhadap model jam tangan pintar Apple tertentu berkuat kuasa pada Selasa, selepas Presiden AS, Joe Biden memilih untuk tidak memveto keputusan mengenai pelanggaran paten.
Oktober lalu, Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (ITC) memutuskan untuk mengharamkan model jam tangan pintar Apple yang menggunakan teknologi yang dipatenkan iaitu mengesan kadar oksigen dalam darah selepas aduan dikemukakan oleh Masimo.
Masimo mendakwa, syarikat berkenaan merintis dan mencipta teknologi berkenaan, manakala Apple 'mencuri' para pekerjanya bagi memenangi akses kepada pengetahuan
Namun, pengeluar iPhone tersebut berpendapat bahawa keputusan ITC adalah salah dan dan merayu keputusan itu di Mahkamah Rayuan Persekutuan.
Sementara itu, Masimo dilaporkan enggan mengulas berkaitan perkembangan terbaharu itu.-AFP