PARIS, 28 Disember - Presiden Perancis Emmanuel Macron menuntut untuk gencatan senjata berpanjangan di Gaza dalam satu panggilan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Rabu susulan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan.
"Perancis akan bekerjasama dengan Jordan bagi operasi kemanusiaan di Gaza", kata Macron dalam satu kenyataan.
Macron yang merupakan sekutu Netanyahu sejak konflik berkenaan tercetus meluahkan kebimbangan kepada Perdana Menteri Israel itu tentang kebimbangannya berhubung kematian orang awam dan kecemasan kemanusiaan di Gaza.
Macron turut menyentuh tentang kepentingan usaha bagi menamatkan keganasan oleh peneroka haram Yahudi terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat, selain menghalang seberang penempatan baharu buat golongan tersebut.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada 20,915, sejak 7 Oktober lalu.
Angka berkenaan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan pada Selasa.
Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra berkata, 54,918 yang lain cedera akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
"Sekurang-kurangnya 241 orang terbunuh dan 382 lagi cedera dalam serangan Israel dalam tempoh 24 jam yang lalu," kata al-Qudra dalam satu kenyataan.-AFP