fb fb fb fb fb

120 kilogram kokain dihanyutkan di pantai Australia

120 kilogram kokain dihanyutkan di perairan negara Australia/FOTO NSW Police

SYDNEY, 27 Disember - Polis Australia hari ini berkata, mereka sedang memeriksa perairan negara selepas bungkusan misteri yang dipercayai mengandungi lebih 120 kilogram kokain dihanyutkan sepanjang tempoh perayaan Krismas.

Polis berkata, pada Jumaat lalu, pihaknya menemui kumpulan bungkusan pertama daripada 39 bungkusan yang dipenuhi teritip, seberat sekilogram berhampiran Pantai Magenta, utara Sydney.

Menurutnya, sejak itu, 85 bungkusan lagi dengan saiz yang sama dikesan sepanjang kira-kira 80 kilometer (km) dari pantai New South Wales.

Ketua Detektif, Superintendan Jason Weinstein, menerusi kenyataan berkata pihaknya turut menggesa orang ramai melaporkan sebarang bungkusan yang mencurigakan.

"Detektif dan polis pakar kini sedang menelusuri pantai untuk mengesan sebarang bungkusan lain selain berusaha menjejaki mereka yang terlibat," kata Weinstein, yang juga pengarah perintah jenayah negeri. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN