JAKARTA, 27 Disember - Ratusan pelajar universiti di Aceh, Indonesia menyerbu pusat perlindungan sementara yang menempatkan lebih seratus pelarian Rohingya, hari ini.
Malah mereka turut mendesak pelarian Rohingya meninggalkan negara itu.
Sehingga kini jurucakap polis Banda Aceh tidak memberikan sebarang ulasan.
Lebih 1,500 pelarian Rohingya tiba di pantai wilayah Aceh sejak pertengahan November lalu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kedatangan pelarian itu sebagai kemasukan terbesar selama lapan tahun.
Beberapa bot mereka sudah ditolak oleh penduduk tempatan dan dalam beberapa kes, mereka juga dikembalikan ke laut.
Kebanyakkan pelajar yang protes memakai jaket dengan lambang universiti yang berbeza, memasuki dewan majlis kerajaan di ibu kota Banda Aceh yang menempatkan di 137 lokasi pelarian Rohingya.
Ada di antara pelajar berlari memasuki ke ruang bawah tanah yang mana menunjukkan golongan wanita dan kanak-kanak Rohingya menangis ketakutan.
Pihak berkuasa kemudian membawa golongan minoriti Myanmar yang ditindas itu menaiki trak untuk ke tempat perlindungan.
Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata peningkatan kehadiran pelarian itu disebabkan sindiket pemerdagangan manusia dan berjanji bekerjasama dengan organisasi antarabangsa untuk memberikan perlindungan sementara buat mereka.
Kedatangan mereka mula meningkat antara November dan April, yang mana keadaan laut lebih tenang pada bulan itu.
Pelarian Rohingya menaiki bot ke negara jiran Thailand, Indonesia dan Malaysia. - REUTERS