fb fb fb fb fb

Guna artikel tanpa kebenaran: New York Times saman Syarikat ChatGPT dan Microsoft

FOTO REUTERS

WASHINGTON, 28 Disember- Syarikat penerbitan akhbar 'The New York Times telah menyaman syarikat OpenAI yang membangunkan bot ChatGPT di mahkamah Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan menggunakan berjuta-juta artikel suratkhabar tanpa kebenaran bagi tujuan latihan.

Menurut The Times, Syarikat penerbitan New York Times merupakan satu-satunya syarikat media berpengaruh yang memfailkan saman terhadap OpenAI, pencipta platform kecerdasan buatan popular yang dikenali sebagai Copilot berhubung isu hak cipta yang berkaitan dengan hasil karya syarikat berkenaan.

Saman yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Manhattan itu turut menuduh OpenAI dan Microsoft cuba meremehkan usaha dan pelaburan The Times dalam bidang kewartawanan dengan menyediakan kaedah alternatif bagi menyampaikan maklumat kepada pembaca.

Tambah The Times, syarikat berkenaan tidak meletakkan jumlah gantirugi tertentu, namun menganggarkan ia bernilai berbilion dolar.

Selain itu, syarikat penerbitan berkenaan turut mahukan agar model 'Chatbot' dan model latihan yang digabungkan dimusnahkan.

Sementara itu, OpenAI terkejut dan kecewa dengan tindakan saman oleh New York Times dan menyifatkan perbincangan di antara kedua-dua pihak berhubung isu terbabit berada pada landasan positif.

"Perbincangan kami dengan New York Times masih berterusan, produktif, dan bergerak ke hadapan secara konstruktif.

"Kami terkejut dan kecewa dengan perkembangan ini", kata OpenAI dalam satu kenyataan melalui e-mel.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD