fb fb fb fb fb

'Arkitek Eropah', Jacques Delors meninggal dunia

Bekas Presiden Suruhanjaya Eropah, Jacques Delors/ FOTO REUTERS

PARIS, 28 Disember- Bekas Presiden Suruhanjaya Eropah, Jacques Delors yang dianggap sebagai pelopor kepada projek matawang tunggal kesatuan berkenaan meninggal dunia pada Rabu dalam usia 98 tahun.

Delors yang dikenali sebagai penyokong kepada penyatuan Eropah selepas pasca perang berkhidmat sebagai presiden Suruhanjaya Eropah selama tiga penggal.

Mendiang juga merupakan individu yang paling lama berkhidmat sebagai Presiden dalam sejarah penubuhan EU bermula Januari 1985 hingga 1994.

Ketika di zaman pentadbirannya, pasaran ekonomi EU disatukan menjadi pasaran tunggal dan pengenalan matawang tunggal bagi Kesatuan Eropah diperkenalkan.

Selain itu, Delors turut memperkenalkan beberapa dasar luar dan keselamatan buat EU.

Delors turut memainkan peranan penting dalam menerima kemasukan bekas negara Komunis ke dalam EU terutamanya selepas runtuhnya Tembok Berlin pada 1989.

Berita kematian mendiang disampaikan oleh anak perempuannya yang juga Datuk Bandar Lille, Martine Aubry.

Menurut Aubry, mendiang meninggal dunia ketika sedang tidur di rumahnya.

Sementara itu, beberapa pemimpin Eropah memberi penghormatan kepada mendiang Delors.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menganggap Delors sebagai seorang tokoh ulung yang membangunkan Eropah selain sebagai pejuang keadilan.

"Komitmennya, cita-citanya akan sentiasa memberi inspirasi kepada kami," katanya.

Manakala Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menganggap Delors sebagai pemimpin yang mempunyai visi jauh ke hadapan selain pemimpin yang turut memperkasakan Kesatuan Eropah (EU).-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD