fb fb fb fb fb

Itik liar tertikam pisau di leher diselamatkan

(Foto FB Association Pinocchio et Sauvageons 56)

SAINT-NOLFF, 9 April- Seekor itik liar di sini dekat barat laut Perancis yang tular kerana ditemukan hidup dengan lehernya tembus tertusuk pisau berjaya diselamatkan persatuan perlindungan hidupan liar, Pinocchio et Sauvageons yang berpangkalan di Brittany.

Itik yang diberi nama Donald the Duck itu menimbulkan misteri kerana kelihatan tidak terkesan langsung dengan pisau di lehernya dan dilihat berenang bebas dengan itik lain selain makan secara normal.

Pinocchio et Sauvageons menerusi Facebook memberitahu, bimbang dengan keadaan itu, pihaknya bersama anggota bomba menjalankan operasi menangkap itik terbabit pada 31 Mac lalu  dan melakukan pembedahan bagi membuang objek tajam berkenaan.

Donald the Duck juga dipantau selama beberapa hari selepas dibebaskan dan ia masih hidup serta bebas berkumpul dengan itik lain.

Sementara itu, memetik kenyataan Liga Perlindungan Burung menerusi Pinocchio et Sauvageon, haiwan tersebut mungkin tertusuk pisau secara tidak sengaja.

Katanya, kemungkinan ada individu yang cuba menikamnya dan pisau itu tidak terkena organ penting yang menyebabkan ia dapat hidup sehingga hari ini.

(Foto FB Association Pinocchio et Sauvageons 56)

Media Baharu