fb fb fb fb fb

8,000 terjejas banjir di timur laut Brazil

(Penduduk menaiki bot meredah banjir di Maranhao, Brazil/Reuters)

MARANHAO, 9 April- Sekurang-kurangnya 8,000 penduduk di sebuah negeri terpencil di sini dekat timur laut Brazil berdepan kesukaran, susulan banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat pada Sabtu.

Selain banyak jalan ditenggelami air, penduduk turut berdepan kekurangan bahan api dengan beberapa stesen minyak terpaksa dihentikan operasi.

Seorang peniaga tempatan, Joao Paulo Medeirso berkata, rantau itu kini sedang menghadapi kekurangan makanan akibat banjir.

"Kami, peniaga, menghadapi kesukaran menerima barangan dan akibatnya sudah ada risiko kekurangan makanan, (makanan) sudah mula berkurangan kerana kami terpencil," katanya.

Sementara itu, Institut Meteorologi Kebangsaan Brazil (INMET) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan sehingga Ahad di negeri berkenaan.

Presiden Luiz Inacio Lula da Silva dan Gabenor Maranhao, Carlos Brandao pula dilapor akan melawat kawasan terjejas menerusi udara pada Ahad. -Reuters

(Tanah runtuh akibat hujan lebat di Maranhao, Brazil/Reuters)

Media Baharu