IRAN, 1 OGOS- Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei mahu Israel dihukum sekeras-kerasnya berikutan tindakan kejam yang dilakukan ke atas Gaza dan menyebabkan kematian Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.
Rejim zionis itu seakan mencipta alasan supaya "hukuman keras" boleh dikenakan dan Tehran tidak akan berdiam diri atas kematian Ismail Haniyeh.
Tentera Iran telah pun melakukan serangan terus ke atas Israel sebelum ini dalam perang Gaza.
Ketika ini Khaled Meshaal, timbalannya dalam buangan yang tinggal di Qatar dilihat sebagai calon sesuai untuk menggantikan Ismail Haniyeh, kata penganalisis dan pegawai Hamas.
Qatar, yang bersama-sama Mesir telah menjadi perantara rundingan genjatan senjata bagi menghentikan pertempuran di Gaza serta telah mengutuk pembunuhan Ismail Haniyeh.
"Bagaimana pengantaraan boleh berjaya apabila satu pihak membunuh perunding di pihak lain?" kata Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani menerusi hantaran di X.
Israel melancarkan serangannya ke atas Gaza pada 7 Oktober lebih 39,400 penduduk terbunuh serta menyebabkan lebih dua juta penduduk lagi berada dalam krisis kemanusiaan.
Penduduk di Gaza yang terkepung bimbang kematian Ismail Haniyeh akan menambahkan lagi tempoh pertempuran yang dicetuskan Israel.
"Berita ini menakutkan. Kami rasa dia (Ismail Haniyeh) seperti bapa kepada kami," kata penduduk Gaza Hachem Al-Saati.- REUTERS
BERITA BERKAITAN: