fb fb fb fb fb

Pemimpin Tertinggi Iran mengetuai solat jenazah Ismail Haniyeh

Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Tehran pada 30 Julai 2024/ REUTERS

IRAN, 1 Ogos- Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei akan mengetuai solat jenazah Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh pada hari Khamis.

Menurut stesen televisyen milik kerajaan Iran Press TV, pengebumian Ismail Haniyeh akan diadakan di ibu negara Iran, Tehran.

Ismail Haniyeh dibunuh di Tehran pada Rabu dalam serangan yang dicetuskan rejim zionis Israel.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap isu yang semakin meruncing di Gaza.- REUTERS

BERITA BERKAITAN:

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI