fb fb fb fb fb

Atlet Olimpik Paris 2024 mahu daging berbanding vegetarian

Pemenang pingat emas renang gaya bebas wanita 100 meter Sarah Sjoestroem dari Sweden/ AFP

PARIS, 1 Ogos- Penganjur Olimpik Paris 2024 untuk menyediakan katering mesra alam tahun ini menghadapi masalah berikutan lebih ramai atlet yang memilih untuk memakan daging.

Pada edisi kali ini penganjur menawarkan lebih banyak makanan vegetarian, namun kebanyakan atlet lebih gemar memakan daging.

Bagaimanapun penganjur berjanji untuk tidak mengecewakan atlet ke negara itu. Jawatankuasa penganjur juga mengambil beberapa cef terkemuka sebagai penasihat untuk bekerjasama dengan kontraktor makanan.

Tetapi beberapa hari pertama di dewan makan, atlet yang menyertai Olimpik Paris 2024 meminta lebih banyak daging, telur dan bantuan. Ia untuk memulihkan diri mereka selepas pertandingan atau mendapatkan tenaga mencukupi selepas sesi latihan sebelum perlawanan.

"Satu-satunya isu ialah kekurangan makanan," kata perenang Honduras Julio Horrego kepada AFP. "Ia agak mengejutkan," katanya.

Menurut Horrego berkata dia makan sehingga 5,000 kalori setiap hari namun pada Ahad, dia dia datang ke dewan makan pada pukul 10.30 pagi dan mendapati, tiada lagi telur yang tinggal.

"Sekiranya atlet tiba agak lewat di dewan makan, makanan tidak mencukupi," katanya.

Dewan makan berkenaan boleh menempatkan kira-kira 10,500 atlet.

Sementara itu atlet Romania, Iulian Chelaru juga berpendapat,protein (daging) yang disediakan untuk atlet tidak mencukupi.

"Kami tidak mempunyai daging yang mencukupi, tetapi kini ia telah diselesaikan," tambahnya.

Bagi perenang dari Jerman, Lucas Matzerath, 24, berkata, kini hidangan berkenaan semakin bertambah.

"Pada mulanya ianya tidak mencukupi untuk semua atlet, tetapi keadaan itu bertambah baik," katanya.

Dewan makan itu termasuk enam ruang makan berbeza menawarkan makanan dari seluruh dunia, dengan separuh daripada 50 hidangan yang tersedia setiap hari adalah 100 peratus vegetarian.

"Kami menikmati makanan vegetarian, jadi ia tidak menjadi masalah," kata pemain bola tampar pantai Kanada Sophie Bukovec. "Ada atlet yang lebih gemar memakan protein yang banyak seperti daging. Mereka (penganjur) cuba menyelesaikan permasalahan itu."- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI