TAIPEI, 1 Ogos- Sebuah kapal perang Kanada belayar sehari lebih awal melalui Selat Taiwan, kata Kementerian Pertahanan Taiwan.
Bagaimanapun China mendakwa Taiwan meningkatkan tekanan ketenteraan dan politik ketika hubungan kedua-duanya merosot dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Sementara itu tindakan Tentera Laut Amerika Syarikat dan sekutunya yang meningkatkan "kebebasan pelayaran" lintasan melalui selat itu menimbulkan kemarahan Beijing.
Taipei berkata, kapal perang Kanada dalam perjalanan "dari utara ke selatan" itu adalah untuk transit.
"Tentera telah memantau keadaan dan tiada anomali (perkara luar biasa) dikesan di persekitaran kami," kata kenyataan Kementerian Pertahanan Taiwan.
"HMCS Montreal baru-baru ini menjalankan transit rutin melalui Selat Taiwan," kata Komando Operasi Bersama Kanada menerusi hantaran di X.
"Kanada menyokong perintah antarabangsa berasaskan peraturan dengan beroperasi mengikut undang-undang antarabangsa," katanya.
"Aktiviti kami adalah menggalakkan keamanan, daya tahan dan keselamatan di Indo-Pasifik."
Walaupun Taiwan hanya mempunyai lebih 10 sekutu diplomatik, ia mengekalkan perkongsian kukuh dengan pelbagai negara demokrasi Barat seperti Amerika Syarikat, yang merupakan penjual senjata terbesarnya.
November lalu, kapal perang Amerika Syarikat dan Kanada melalui Selat Taiwan, laluan bersama kedua mereka dalam dua bulan. Tindakan itu meletakkan angkatan bersenjata Beijing dalam keadaan "berjaga-jaga", menurut Komando Timur China.
Tentera Taiwan melaporkan kapal perang China berada di sekitar perairannya, selain pemantauan menggunakan dron dan jet pejuang.
Kementerian Pertahanan Taiwan berkata, kira-kira 29 pesawat tentera China dan 10 kapal tentera laut dikesan dalam tempoh 24 jam.- AFP