fb fb fb fb fb

Israel wajib benarkan PBB laksana tanggungjawab di Gaza

Pengagihan bantuan di Gaza diuruskan oleh UNRWA.-FOTO BERNAMA

NEW YORK, 6 September - Jurucakap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric menegaskan Israel, sebagai penjajah di Gaza wajib membenarkan PBB melaksanakan tanggungjawabnya.

Dalam sidang media hariannya, Dujarric mengulas cadangan terbaharu Israel untuk mengambil alih pengagihan makanan di Gaza.

"PBB belum dihubungi atau diberikan sebarang rancangan berhubung perkara ini," katanya.

Perkara tersebut dipetik Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dujarric turut menegaskan, walaupun Israel pernah mencadangkan idea tersebut sebelum ini, UNRWA merupakan 'tulang belakang' dalam mengagihkan bantuan kesihatan, makanan dan kemanusiaan di Gaza.

Beliau menyifatkan situasi kemanusiaan di Gaza sebagai terlalu mengerikan dan menyoroti penurunan sebanyak 35 peratus dalam pengagihan makanan berbanding Julai.

Beliau menjelaskan bahawa penurunan tersebut sebahagian besarnya disebabkan 'perintah pemindahan' yang dikeluarkan secara berselang-seli oleh pihak berkuasa Israel.-BERNAMA/WAFA

Trainee2