fb fb fb fb fb

Israel usir Greta Thunberg termasuk 171 aktivis flotila

Greta (berdiri) antara 171 aktivis flotila yang ditahan ketika misi kemanusiaan GSF/Foto AFP

BAITULMAQDIS, 6 Oktober – Rejim Israel telah mengusir 171 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk aktivis alam sekitar terkenal dari Sweden, Greta Thunberg.

Mereka dihantar pulang ke Greece dan Slovakia.

Mereka terdiri daripada warganegara pelbagai negara termasuk Greece, Itali, Perancis dan Amerika Syarikat.

Gambar yang dikongsi menunjukkan Thunberg dan dua wanita lain berpakaian pakaian kelabu tahanan Israel ketika berjalan di Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv.

Menurut kementerian itu lagi, 138 aktivis lain masih ditahan di penjara Israel.

Kesemua mereka adalah sebahagian daripada aktivis misi kemanusiaan bersama konvoi 45 kapal yang membawa lebih 400 aktivis antarabangsa dengan misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Israel mula memintas flotila berkenaan di perairan antarabangsa pada Rabu lalu, dan menahan ratusan aktivis di atas kapal.

Sebelum ini, beberapa aktivis antarabangsa yang diusir ke Istanbul, Turkiye, mendedahkan mereka dipukul dan dilayan seperti haiwan sepanjang berada dalam tahanan Israel. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN