fb fb fb fb fb

Puluhan pesawat Israel lancar serangan ke atas Tehran, Meshed

Tehran selepas beberapa letupan kedengaran/ REUTERS

ISTANBUL, 26 Oktober- Israel pada awal Sabtu mengumumkan tenteranya melancarkan "serangan tepat" ke atas “sasaran ketenteraan” di Iran, ketika letupan kedengaran di Tehran, lapor Agensi Anadolu.

"Pada masa ini, Pasukan Pertahanan Israel sedang melaksanakan serangan tepat ke atas sasaran ketenteraan di Iran," menurut jurucakap tentera Israel Laksamana Muda Danial Hagari dalam satu kenyataan.

Radio tentera Israel melaporkan bahawa berpuluh-puluh pesawat Israel sedang melancarkan serangan ke atas Tehran, Meshed dan sebuah stesen janakuasa di Karaj.

Pada masa yang sama, agensi berita separa rasmi Iran Fars melaporkan letupan turut kedengaran di ibu negara Iran.

Agensi berita Syria Sana melaporkan letupan juga kedengaran di ibu negara Damsyik.

Tiada maklumat lanjut didedahkan setakat ini.- BERNAMA-ANADOLU

 

ROSLINA BINTI DIN