GAZA, 15 Oktober - Sekurang-kurangnya 600 rakyat Palestin-Amerika cuba melarikan diri melalui sempadan Rafah antara Mesir.
Memetik laporan Al Jazeera, difahamkan pintu sempadan itu akan dibuka dari 12.00 tengah hari hingga 4 petang waktu tempatan, bagaimanapun melalui maklumat terkini pintu sempadan itu tidak pernah dibuka.
Al Jazeera telah menghubungi Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) beberapa kali namun AS tidak memberikan maklumat terkini mengenai bilakah operasi di pintu keluar yang terletak di sempadan selatan wilayah itu akan dibuka.
Pihaknya berkata, pihak berkuasa Mesir membuka pintu sempadan mereka bagaimanapun Israel tidak memenuhi perjanjian dan masih lagi menutup pintu sempadan di Gaza.
Susulan itu, bukan sahaja rakyat Palestin-Amerika tidak dibenarkan untuk berpindah, namuk pihak Mesir juga yang cuba menghulurkan bantuan kemanusiaan masih lagi menunggu untuk memasuki ke Gaza.