fb fb fb fb fb

Israel serang dan bunuh lebih 400 rakyat Palestin dalam satu hari

(Rakyat Palestin mengusung mayat remaja Palestin, Munes Ziyadat,16, yang terbunuh dalam serangan zionis Israel di Bani Naim pada 11 Okt lalu/FOTO AFP)

GAZA, 15 Oktober - Pengeboman tanpa henti tentera Israel ke atas Gaza telah membunuh lebih 400 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 1,500 yang lain dalam tempoh 24 jam.

Al Jazeera memetik laporan Agensi berita Wafa Palestin berkata, ini termasuk melibatkan 260 kematian di Bandar Gaza, 80 di Deir al-Balah yang terletak di tengah Semenanjung Gaza dan 40 lagi di kem pelarian Jabalya utara.

Seramai 10 rakyat Palestin terbunuh di bandar Beit Lahiya, manakala 20 terbunuh di selatan Khan Younis.

rtm
(Rakyat Palestin mengusung mayat remaja Palestin, Munes Ziyadat,16, yang terbunuh
dalam serangan zionis Israel di Bani Naim, Tebing Barat pada 11 Okt lalu/FOTO AFP)

Media Baharu