fb fb fb fb fb

Lima cedera, lapangan terbang Aleppo diserang Israel kali kedua

BEIRUT, 15 Oktober - Sekurang-kurangnya lima cedera dalam serangan udara Israel di Lapangan Terbang Aleppo Syria pada malam Sabtu.

Serangan udara itu merupakan serangan yang kedua dalam tempoh dua hari.

Serangan itu berlaku hanya beberapa jam selepas operasi bersambung semula ketika serangan awal pada Khamis lalu.

Kementerian Pertahanan Syria mengesahkan serangan yang berlaku kira-kira 11:35 malam waktu tempatan pada Sabtu.

Syria menuduh Israel sengaja "menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo, sehingga menyebabkan kerosakan dan tiada dalam perkhidmatan".

Kementerian Pertahanan berkata serangan itu mengesahkan pendekatan jenayah oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

rtm
(Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo/FOTO fail AFP)

Serangan ‘serentak’ pada Khamis lalu merosakkan laluan pendaratan di kedua-dua lapangan terbang, menyebabkan ia tidak dapat beroperasi, kata media kerajaan.

Balai Cerap Syria berkata sumbernya mengesahkan serangan Israel ke atas lapangan terbang di Damsyik dan Aleppo merupakan "mesej amaran untuk menghalang pesawat Iran daripada mendarat di lapangan terbang itu".

Israel jarang memberi komen mengenai serangannya terhadap sasaran di Syria.

Serangan udara zionis Israel ke atas Aleppo adalah serangan kedua di lapangan terbang Syria sejak 7 Oktober lalu.

Israel mendakwa 1,300 rakyatnya terkorban dalam konflik terbaharu antara Hamas-Israel.

Sementara itu, di Gaza, pegawai kesihatan berkata lebih daripada 2,200 penduduk Palestin menjadi mangsa korban akibat serangan zionis Israel. - AFP

Media Baharu