fb fb fb fb fb

Israel tutup kedutaannya di seluruh dunia

Foto AFP

LONDON, 14 Jun - Israel membuat keputusan untuk menutup kedutaannya di seluruh dunia susulan serangan agresif ke atas Iran.

Menerusi satu kenyataan, rejim Zionis itu menasihatkan rakyatnya untuk berwaspada dan mengelak daripada menunjukkan simbol Yahudi atau lambang bendera Israel di khalayak ramai.

Kenyataan itu disiarkan di pelbagai laman web kedutaan pada Jumaat.

“Berdasarkan perkembangan terkini, misi Israel di seluruh dunia akan ditutup, dan perkhidmatan konsular tidak akan disediakan,” kata salah satu kenyataan.

Kenyataan itu turut menasihati rakyatnya untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa keselamatan tempatan sekiranya berlaku sebarang insiden permusuhan, namun tempoh dan sebab penutupan tidak dimaklumkan.

Selain itu, kenyataan berkenaan turut menggesa rakyat Israel di luar negara agar mengemas kini kementerian luar negeri mengenai lokasi mereka bagi membantu penyelarasan dan mengatur penerbangan menyelamat.

Terdahulu, media Israel melaporkan, setelah melancarkan serangan ke atas Iran, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu telah dibawa ke lokasi yang tidak diketahui, mungkin Greece.

Imej pesawat Netanyahu diiringi dua jet turut disiarkan, katanya sedang dalam perjalanan ke lokasi yang tidak diketahui di luar wilayah yang diduduki. – REUTERS

SYUHADA BINTI CHEK HASHIM