fb fb fb fb fb

Israel tidak menunjukkan kesungguhan laksana gencatan senjata

Rakyat Palestin beratur untuk mengisi bekas dengan air di bandar Khan Yunis/ AFP

GAZA, 14 Julai- Pegawai kanan Hamas memaklumkan kumpulan itu menarik diri daripada rundingan gencatan senjata berikutan sikap ketidaksungguhan rejim zionis dalam melaksanakan perkara itu.

Seorang lagi pegawai Hamas berkata, Isreal terus menyasarkan serangan bom ke atas kem di selatan Gaza yang menyasarkan komander Hamas.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan itu menyebabkan 92 individu maut.

Pemimpin Politik Hamas Ismail Haniyeh memberitahu pengantara antarabangsa Qatar dan Mesir untuk penamatan rundingan mengenai rancangan gencatan senjata.

Fasa pertama perjanjian itu akan menyaksikan gencatan senjata selama enam minggu dengan pertukaran kebanyakan tebusan Palestin di penjara Israel.

Haniyeh berkata Hamas "menghentikan rundingan kerana kekurangan kesungguhan Israel, dasar penangguhan dan halangan yang berterusan serta pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap orang awam yang tidak bersenjata," menurut pegawai itu.

"Hamas menunjukkan fleksibiliti yang besar untuk mencapai persetujuan gencatan senjata serta bersedia untuk menyambung semula rundingan apabila kerajaan pendudukan menunjukkan kesungguhan dalam mencapai perjanjian itu dan perjanjian pertukaran tahanan.

Haniyeh dalam satu kenyataan berkata, beliau telah memanggil pengantara dan negara lain untuk menggesa mereka untuk memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan serangan.

Serangan pada 7 Oktober ke atas Palestin telah membunuh sekurang-kurangnya 38,443 individu di Gaza.

Menurut angka dari Kementerian Kesihatan Gaza mereka yang terkorban merupakan orang awam.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI