fb fb fb fb fb

Amerika mesti 'ambil kira dasar menghasut kebencian'

Donald Trump dilindungi Perkhidmatan Rahsia selepas tembakan pada perhimpunan kempen di Butler Farm Show Inc/ AFP

MOSCOW, 14 Julai- Moscow menggesa Amerika Syarikat supaya "mengambil kira" "dasar hasutan kepada kebencian", sambil menggunakan percubaan membunuh bekas presiden Donald Trump untuk mengecam sokongan terhadap Ukraine.

"Mereka yang mengundi di Amerika Syarikat untuk membekalkan senjata kepada Kiev," kata Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova. Beliau mengecam sokongan untuk Kiev, dan ia disifatkan mencetuskan "serangan terhadap Presiden Rusia Vladimir Putin".

"Mungkin lebih baik menggunakan wang ini untuk membiayai polis Amerika Syarikat dan perkhidmatan lain yang sepatutnya memastikan undang-undang dan ketenteraman di AS?"

Sekiranya Trump menang dalam pilihan raya pada November depan, calon Parti Republikan itu akan menamatkan konflik dengan cepat.

Vladimir Putin melihat perkara itu dan beliau memandang serius komen yang diberikan Trump.

"Apabila terdapat cara lain untuk menyingkirkan presiden yang dilihat mengancam, Lee Harvey Oswald akan mula bermain", tambah Jurucakap Kementerian Luar Rusia Zakharova. Beliau merujuk kepada pembunuhan Presiden John F. Kennedy pada 1963, sumber pelbagai teori konspirasi termasuk kematiannya adalah dipesan dari dalam peralatan negara Amerika Syarikat.

Suruhanjaya pembunuhan JFK membuat kesimpulan pada 1964 bahawa Lee Harvey Oswald, bekas Marin bertindak bersendirian.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI