GAZA, 14 Julai - Kementerian Kesihatan Gaza berkata, sekurang-kurangnya 91 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan itu manakala 300 lagi cedera dalam serangan udara Israel di zon kemanusiaan di Kem al-Mawasi, Gaza.
Kementerian kesihatan Palestin berkata, serangan itu menyasarkan Ketua Tentera Hamas, Mohammed Deif.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, setakat ini belum diketahui sama ada Deif dan seorang lagi komander Hamas sudah dibunuh dan berjanji untuk terus menyasarkan kepimpinan Hamas.
Katanya, lebih banyak tekanan tentera ke atas kumpulan Hamas yang akan meningkatkan peluang perjanjian tebusan meskipun sumber berkata rundingan sudah dihentikan.
Bagaimanapun, pejuang Hamas menafikan Deif sudah dibunuh, menurut seorang pegawai kanan Hamas di TV Al Jazeera.
Hamas sebelum ini berkata dakwaan Israel ia menyasarkan pemimpin kumpulan itu adalah palsu dan bertujuan untuk 'membenarkan' serangan itu, yang juga serangan Israel paling maut di Gaza dalam tempoh beberapa minggu.
Ia merupakan angka paling dahsyat dalam beberapa minggu ini
Orang ramai yang berlindung di kawasan itu berkata, khemah mereka dirobohkan rejim zionis Israel.
Kem al-Mawasi merupakan zon selamat yang telah ditetapkan oleh Israel untuk rakyat Palestin. - REUTERS