AMERIKA SYARIKAT, 14 Julai - Suspek yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah bekas Presiden Donald Trump ketika berkempen di Butler, Pennysylvania sudah ditembak mati.
Peguam Daerah Butler Conty Richard Goldinger berkata insiden itu menyebabkan seorang penonton terbunuh termasuk suspek yang dikenal pasti sebagai penembak.
Manakala seorang lagi orang awam dilaporkan cedrea parah dan menerima rawatan lanjut di hospital.
Menurut beliau, penembak itu melepaskan tembakan ke arah pentas daripada kedudukan tinggi di luar lokasi perhimpunan.
"Saya tidak tahu bagaimana suspek boleh sampai ke lokasi di mana dia berada, tetapi suspek berada di luar padang. Kita perlu memikirkan bagaimana dia boleh berada di sana," katanya.
Kejadian tembakan itu berlaku sejurus selepas Trump mengambil pentas dalam satu perhimpunan kempen terakhirnya sebelum Konvensyen Nasional Republikan di Milwaukee minggu depan. - AFP