fb fb fb fb fb

Israel tahan 11 rakyat Palestin termasuk wartawan

Foto AFP

RAMALLAH, 9 Februari- Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin ditahan Israel semalam dan hari ini di wilayah Ramallah dan Tulkarm di Tebing Barat.

Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), sumber berkata pasukan berkenaan menyerbu kampung dan pekan Al-Mughir, Deir Nidham dan Sinjil di wilayah Ramallah.

Mereka turut mengambil sejumlah wang, selain merompak beberapa kenderaan milik rakyat Palestin.

Empat rakyat Palestin turut ditahan Israel di Tulkarm, utara Tebing Barat termasuk seorang wartawan dikenali sebagai Hamza Safi, 31.

Hampir setiap hari, Israel melakukan serangan dan tahanan terhadap penduduk Palestin dan ia kebiasaannya dilakukan pada waktu malam.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM