fb fb fb fb fb

Enam rakyat Palestin cedera ditembak Israel

Foto AFP

 NABLUS, 9 Februari- Enam rakyat Palestin cedera ditembak malam tadi semasa menentang rejim Zionis di bandar Beit Furik, timur Nablus.

Memetik Agensi Berita Palestin (WAFA), Bulan Sabit Merah berkata penjajah berkenaan menyerbu bandar berkenaan sehingga mencetuskan konflik di bandar itu.

Israel turut melarang pasukan perubatan memasuki bandar berkenaan.

Bulan Sabit Merah Palestin membawa kesemua mangsa ke hospital selepas Israel berundur dari kawasan tersebut.

Tambahnya, rejim zionis turut menyerang salah seorang mangsa ketika pasukan perubatan berada di pusat pemeriksaan tentera Israel berhampiran Beit Furik.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM