fb fb fb fb fb

Israel serang Lubnan: Amerika Syarikat, EU desak gencatan senjata

Kepulan asap dari tapak serangan udara Israel yang menyasarkan kampung Khiam di Selatan Lubnan semalam/Foto AFP

AMERIKA SYARIKAT, 27 September - Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan beberapa negara Arab mendesak untuk "gencatan senjata sementara" di Lubnan selepas serangan Israel ke atas Hezbollah baru-baru ini.

"Oleh itu, kami telah bekerjasama dalam beberapa hari kebelakangan ini untuk mengeluarkan seruan bersama bagi gencatan senjata sementara, tujuannya adalah supaya rundingan damai boleh dijalankan dan mengelakkan keadaan di sempadan menjadi lebih teruk," kata Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam kenyataan bersama.

"Kenyataan rundingan kami kini disokong oleh Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, dan Qatar." katanya. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN