fb fb fb fb fb

Israel serah 30 lagi mayat warga Palestin di Gaza

Jumlah keseluruhan mayat yang dikembalikan ke Gaza meningkat kepada 225 orang./Foto REUTERS

GAZA CITY, 31 Oktober – Israel menyerahkan 30 lagi mayat warga Palestin kepada Gaza sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran bawah pelan gencatan senjata.

Jurucakap Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis memaklumkan pihaknya telah menerima mayat 30 tahanan Palestin daripada rejim Zionis.

Dengan pemulangan terbaharu itu, jumlah keseluruhan mayat yang dikembalikan ke Gaza meningkat kepada 225 orang.

Menurut pihak hospital, seperti pertukaran sebelum ini, mayat berkenaan dibawa ke Nasser oleh Pasukan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) selepas diserahkan oleh Israel.

Sejak pelan gencatan senjata yang dicapai pada 10 Oktober lalu, Hamas telah memulangkan 20 tahanan yang masih hidup dan 15 mayat tahanan warga Israel.

Hamas menghadapi kesukaran mencari baki mayat berikutan serangan udara Israel selama dua tahun yang telah memusnahkan banyak kawasan di Gaza.

Pasukan penyelamat dari Mesir turut membantu operasi pencarian dengan menggunakan jentera penggali dan peralatan berat bagi mengesan mayat-mayat yang masih tertimbus. - AFP

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI