fb fb fb fb fb

Israel sekali lagi serbu Nablus

Orang awam mempertahankan diri dengan membaling batu ke atas tentera Zionis yang lengkap bersenjata

NABLUS, 5 Mei - Tentera Israel melancarkan serbuan terbaharu ke atas bandar Nablus di Tebing Barat di sini.

Serbuan dilancarkan semalam menyaksikan puluhan aset darat digerakkan ke kawasan berkenaan hingga berlaku pergelutan.

Orang awam mempertahankan diri dengan membaling batu untuk menghalang kemaraan tentera Zionis yang lengkap bersenjata.

Selain itu, tentera Israel turut menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang awam.

Puluhan ribu rakyat Palestin sudah dipindahkan ke utara Tebing Barat sejak Israel memulakan operasi khas yang digelar 'Tembok Besi'.

Operasi yang bermula 21 Januari lalu kononnya bertujuan membanteras pengganas.

Nablus antara lokasi yang menjadi sasaran serangan dengan yang terbaharu dilancarkan pada awal Mac lalu.

Serangan menyaksikan pembakaran sebahagian struktur enam masjid bersejarah.

Perbuatan jahat itu dikecam masyarakat global. - AFP

ANDY REZA ROHADIAN BIN KHAIRUL ANWAR