fb fb fb fb fb

Israel paksa penduduk Palestin robohkan rumah

Penduduk Palestin merobohkan rumahnya akibat tekanan daripada majlis perbandaran Israel

BAITULMAQDIS, 25 November- Perbandaran Israel Baitulmaqdis Barat memaksa seorang warga Palestin merobohkan rumahnya sendiri di kawasan kejiranan Jabal al-Mukabber, selatan Baitulmaqdis dengan alasan membina tanpa kebenaran.

Memetik laporan agensi berita Palestin, WAFA, Rami al-Zeer memberitahu bahawa kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pihak majlis perbandaran akan bertindak merobohkan rumah tersebut dan memaksanya membayar dengan kos yang sangat tinggi serta perlu membayar denda.

Beliau berkata rumah tersebut berkeluasan 80 meter persegi dan menempatkan empat orang ahli keluarganya.

Beliau membina rumah tersebut di atas tanahnya. Bagaimanapun, beliau gagal mendapatkan lesen daripada majlis perbandaran.

Perbandaran Israel melakukan diskriminasi dan menafikan hak penduduk Palestin untuk membina di atas tanah mereka sendiri.

ROSLINA BINTI DIN