fb fb fb fb fb

Bangladesh sekat puluhan pelarian Rohingya yang ingin belayar ke Indonesia

Kanak-kanak pelarian Rohingya bermain berhampiran pasar di kem pelarian Balukhali di Ukhia / Foto AFP

DHAKA, 26 November - Polis Bangladesh telah menyekat pelarian Rohingya yang berlayar ke Indonesia, kata seorang pegawai selepas beratus-ratus daripada minoriti Myanmar yang teraniaya mengambil pelayaran laut yang panjang dan berisiko untuk melarikan diri dari kem-kem yang kosong.

Ada yang berkata mereka telah membayar sindiket pemerdagang sejumlah AS$1,000 (RM4,683) untuk mendapatkan tempat di atas bot.

Polis berkata mereka telah menahan 58 Rohingya kerana dilaporkan telah meninggalkan kem dengan menaiki bot di Teknaf, sebuah pelabuhan di sungai Bangladesh yang terletak di seberang sempadan Myanmar.

“Antaranya sembilan lelaki, 16 perempuan dan 33 kanak-kanak. Kami juga menahan dua orang yang didakwa membimbing mereka.

“Mereka sudah bersedia untuk berlayar dengan bot dari Teknaf dan akan pergi ke Indonesia dan Malaysia," kata ketua balai polis Teknaf, Osman Goni kepada AFP.

Keadaan di kem-kem bantuan yang sesak, berbahaya dan kekurangan sumber adalah sesuatu yang sukar dan pelarian berkata keadaan bertambah buruk disebabkan pemotongan bantuan makanan, pertempuran geng maut dan kekurangan pekerjaan.

Bangladesh merupakan rumah kepada satu juta pelarian Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam, majoriti mereka melarikan diri daripada tindakan keras pada 2017 oleh tentera Myanmar yang kini tertakluk kepada siasatan pembunuhan beramai-ramai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Bulan ini telah menyaksikan peningkatan dalam perjalanan ke wilayah Aceh dengan jarak kira-kira 1,800 kilometer dengan lebih 1,000 ketibaan dalam gelombang terbesar sejak tindakan keras yang berlaku pada 2017.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN