fb fb fb fb fb

Israel lancar serangan udara, kepulan asap kelihatan di selatan Lubnan

Beberapa kawasan penempatan di selatan Lubnan diselubungi asap selepas dibedil Israel / REUTERS

LUBNAN, 19 Disember -Kepulan asap tebal kelihatan di selatan Lubnan susulan serangan udara yang dilancarkan Israel, meskipun gencatan senjata antara kedua-dua pihak masih berkuat kuasa.

Serangan itu dapat dilihat jelas dengan beberapa kawasan penempatan di diselubungi asap selepas dibedil.

Sebuah kenderaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) turut kelihatan berhampiran kawasan sempadan ketika serangan berlaku.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan pasukan antarabangsa di kawasan berkenaan.

Israel dan Lubnan sebelum ini bersetuju dengan gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat pada 2024 bagi menamatkan pertempuran lebih setahun antara Israel dan Hizbullah.

Bagaimanapun, serangan terbaharu itu menimbulkan persoalan terhadap komitmen Israel dalam mematuhi perjanjian gencatan senjata tersebut.

Sejak perjanjian itu dimeterai, kedua-dua pihak saling menuduh pelanggaran berlaku, namun tindakan Israel melancarkan serangan udara ke wilayah Lubnan jelas meningkatkan ketegangan di kawasan sempadan. -REUTERS

FARIS IZZAT SHAHARUDIN