fb fb fb fb fb

Israel lancar serangan di timur Rafah

FOTO AFP

RAFAH, 7 Mei- Tentera pendudukan Israel meneruskan pengeboman yang menyasarkan kawasan timur bandar Rafah di selatan Gaza.

Memetik laporan agensi berita Palestin, WAFA, sumber tempatan melaporkan bahawa pesawat dan artileri Israel memperhebatkan tembakan ke arah timur Rafah dengan melancarkan dengan berpuluh-puluh dron peninjau.

Terdapat juga laporan mengenai kenderaan tentera Israel mara ke arah pagar sempadan timur Rafah, yang terletak di selatan Gaza.

Bandar Rafah ketika ini berfungsi sebagai tempat perlindungan terakhir bagi penduduk Gaza yang berpindah di kawasan yang terkepung.

Sejak permulaan serangan darat yang dilancarkan oleh pasukan pendudukan Israel ke atas Gaza pada Oktober tahun lalu, rakyat Gaza telah diarahkan oleh tentera pendudukan Israel untuk berpindah dari utara dan tengah Gaza ke selatan dan mendakwa ia merupakan "zon selamat".

Hari ini, Rafah, dengan keluasan kira-kira 65 kilometer persegi, menempatkan lebih 1.5 juta rakyat Palestin, yang majoritinya terpaksa melarikan diri semasa fasa awal pencerobohan Israel untuk mendapatkan perlindungan.

ROSLINA BINTI DIN