fb fb fb fb fb

Hamas setuju cadangan gencatan senjata di Gaza

Pengeboman Israel di timur Rafah di selatan Gaza/AFP

GAZA, 7 Mei- Kumpulan pejuang Hamas telah bersetuju dengan cadangan pengantara Qatar dan Mesir berhubung gencatan senjata di Gaza, selepas hampir tujuh bulan konflik.

Hamas menerusi kenyataan berkata pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh telah memaklumkan persetujuan tersebut diberitahu menerusi panggilan telefon dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dan dengan Menteri Perisikan Mesir Abbas Kamel.

Seorang pegawai kanan Hamas bagaimanapun menegaskan bahawa "ini tidak bermakna gencatan senjata telah berkuat kuasa lagi", menunjukkan bahawa "pihak Israel belum lagi menyampaikan pendiriannya".

Pengumuman Hamas dibuat selepas Israel pada hari Isnin menyeru rakyat Palestin meninggalkan Rafah timur menjelang pencerobohan darat di bandar selatan Gaza, di tengah-tengah kebimbangan global yang semakin meningkat mengenai akibat tindakan sedemikian.

Sementara itu, di Rafah, orang awam menyuarakan ketakutan dan kekeliruan mengenai arahan pemindahan, orang ramai bersorak dan melepaskan tembakan ke udara di jalan-jalan berikutan pengumuman Hamas, menurut seorang wartawan AFP.

Konflik berterusan Israel-Hamas sejak oktober tahun lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 34,735 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Gaza wilayah kendalian Hamas.-AFP

ROSLINA BINTI DIN