fb fb fb fb fb

Israel kenakan perintah berkurung, serbu bandar Madama

Foto AFP

NABLUS, 11 Disember- Israel mengenakan perintah berkurung terhadap bandar Madama, Nablus di Tebing Barat, semalam.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), sumber melaporkan bahawa tentera Israel menyerbu bandar tersebut sambil melepaskan tembakan peluru hidup, gas pemedih mata, dan bom.

"Tentera bersenjata memaksa perintah berkurung ke atas keseluruhan penduduk di bandar itu.

"Sejak Ahad lalu, Israel telah menutup semua pintu masuk ke bandar dengan timbunan tanah, selain menyekat akses penduduk keluar dan masuk," lapor WAFA.

Pasukan Israel sering kali menyerbu rumah penduduk di Tebing Barat atas alasan mencari rakyat Palestin yang "dikehendaki", menyebabkan pertembungan dengan penduduk.

Israel terus menyekat kebebasan bergerak rakyat Palestin melalui gabungan lebih 100 pusat pemeriksaan tetap, pusat pemeriksaan bergerak, jalan khas untuk peneroka haram, dan pelbagai halangan fizikal lain.

Langkah penutupan itu, bersama tindakan lain yang didakwa atas alasan keselamatan, bertujuan untuk mengukuhkan pendudukan tentera Israel selama 57 tahun di Tebing Barat serta memperluas projek penjajahan yang sering kali disertai kekerasan, termasuk tindakan maut terhadap rakyat Palestin.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM