fb fb fb fb fb

Israel kawal ketat Masjid Al-Aqsa menjelang Ramadan

Foto AFP

RAMALLAH, 26 Februari– Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Palestin memberi amaran mengenai sekatan baharu yang dirancang oleh Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya di Kota Lama Baitulmaqdis menjelang Ramadan.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), kementerian tersebut mengecam dasar Israel yang semakin mengetatkan akses ke pekarangan masjid berkenaan.

"Larangan ke atas masjid ini adalah pelanggaran terang-terangan terhadap hak rakyat untuk kebebasan beribadah dan kebebasan memasuki tempat ibadah.

"Sekatan ini merupakan lanjutan daripada pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin serta percubaan secara paksa mengubah status politik, sejarah, dan undang-undang di wilayah yang diduduki, khususnya di Al-Aqsa," lapor WAFA.

Kementerian itu berikrar untuk bertindak di peringkat antarabangsa bagi mendedahkan pelanggaran Israel terhadap kawasan terbabit, termasuk serangan ke atas petugas dan jemaah.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM