GAZA, 10 Mac- Israel menghentikan bekalan elektrik ke Gaza pada Ahad dalam usaha memaksa kumpulan pejuang Palestin membebaskan tebusan.
Anggota biro politik Hamas, Izzat al-Rishq menerusi satu kenyataan mengutuk tindakan Israel itu.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak penjajah (Israel) untuk memutuskan bekalan elektrik ke Gaza, selepas sekian lama menafikan rakyat kami daripada bekalan makanan, ubat-ubatan, dan air.
"Tindakan itu adalah usaha terdesak untuk menekan rakyat kami dan perjuangan mereka melalui taktik pemerasan yang murahan dan tidak boleh diterima," katanya.