fb fb fb fb fb

Israel guna bom tangan, gas pemedih mata serang rakyat Gaza

Foto WAFA

RAMALLAH,17 Februari- Penjajah Israel hari ini menyerbu Kampung Deir Ghassana di barat laut Ramallah.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), sumber tempatan dan keselamatan berkata penjajah berkenaan melepaskan bom tangan dan gas pemedih mata ke arah penduduk tempatan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau tangkapan dilaporkan semasa serbuan tersebut.

Pencerobohan Israel yang berterusan di Gaza sejak 7 Oktober lalu telah mengakibatkan lebih 28,775 rakyat Palestin terkorban termasuk lebih 12,000 kanak-kanak.

Manakala lebih 68,552 orang lagi mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan:
Rakyat Argentina kecam pencerobohan Israel di Gaza
Ribuan pelajar New York adakan protes kekejaman Israel di Gaza
ICJ tolak permintaan Afrika Selatan untuk lebih banyak tindakan ke atas Gaza
Pembunuhan beramai-ramai di Gaza meningkat lebih 28,000

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM