NEW YORK, 17 Februari- Ribuan pelajar universiti dan sekolah di New York hari ini menyertai protes besar-besaran mengecam serangan Israel terhadap rakyat Palestin.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), peserta protes mengibarkan bendera Palestin sambil menuntut kebebasan untuk rakyat negara itu dan meminta gencatan senjata dilaksanakan segera.
Penunjuk perasaan mengadakan protes berkenaan di hadapan bangunan New York Times, membantah liputan berat sebelah dan dwistandard dalam menangani jenayah ngeri yang dilakukan Israel terhadap Palestin
Pencerobohan Israel yang berterusan di Gaza sejak 7 Oktober lalu telah mengakibatkan lebih 28,775 rakyat Palestin terkorban termasuk lebih 12,000 kanak-kanak.
Manakala lebih 68,552 orang lagi mengalami kecederaan.