WASHINGTON, 9 Oktober - Israel dan Hamas telah menandatangani fasa pertama pelan damai Gaza yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat, sekali gus membolehkan pembebasan semua tebusan umum Presiden AS, Donald Trump pada Rabu.
“Saya sangat berbangga untuk mengumumkan bahawa Israel dan Hamas kedua-duanya telah menandatangani Fasa Pertama Pelan damai kami,” kata Trump di media sosialnya, Truth Social.
“Ini bermakna semua tebusan akan dibebaskan dalam masa terdekat, dan Israel akan berundur ke garisan yang dipersetujui sebagai langkah pertama ke arah keamanan yang kukuh, berkekalan, dan abadi,” tambahnya.
Terdahulu pada Rabu, Trump berkata beliau mungkin akan ke Mesir hujung minggu ini, di mana para utusannya kini sedang mengadakan rundingan bagi memuktamadkan perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Menurut pihak berkuasa Gaza berkata lebih 67,000 orang telah terbunuh dan sebahagian besar wilayah itu musnah sejak Israel melancarkan tindak balas ketenteraan berikutan serangan lintas sempadan Hamas pada 7 Oktober 2023.
Menurut pegawai Israel, kira-kira 1,200 orang terbunuh dan 251 dijadikan tebusan serta dibawa ke Gaza, dengan 20 daripada 48 tebusan yang masih ditahan dipercayai masih hidup.
Terdahulu pada Rabu, Trump berkata beliau mungkin akan ke Mesir hujung minggu ini, di mana para utusannya kini sedang mengadakan rundingan bagi memuktamadkan perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan. - REUTERS