fb fb fb fb fb

Israel bantah Norway terima pakai skim perlabelan kenal pasti produk

(FOTO AFP)

OSLO, 12 Jun - Israel mengecam keputusan Norway untuk mengikuti Kesatuan Eropah (EU) dalam mengguna pakai skim pelabelan untuk mengenal pasti produk dari penempatan Israel dan kawasan yang dijajah oleh Israel.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Israel, keputusan Norway tersebut hanya akan menggugat hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Norway sebelum ini merupakan orang tengah untuk mendamaikan konflik antara Palestin dan Israel.

(FOTO AFP)

Sementara itu, Menteri Luar Anniken Huitfeldt menegaskan dalam temu bual dengan agensi berita Norway (NTB) bahawa perkara itu sama sekali tidak membentuk boikot Israel.

"Norway mempunyai hubungan baik dengan Israel, itu mesti diteruskan," katanya.

Suruhanjaya Eropah mengesyorkan negara anggotanya mengikuti amalan ini pada 2015, keputusan yang disahkan oleh Mahkamah Keadilan Eropah EU pada 2019.-AFP

Media Baharu