fb fb fb fb fb

Imam terkemuka UK dipecat, didakwa cetus protes filem 'The Lady of Heaven'

LONDON, 12 Jun- Imam terkemuka United Kingdom (UK), Qari Muhammad Asim dipecat kerana dituduh mencetus protes terhadap filem 'The Lady of Heaven' mengenai anak perempuan Nabi Muhammad, Saidatina Fatimah Az-Zahra.

Pemecatan Asim yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Masjid dan Imam UK, dibuat selepas beliau memuat naik hantaran di Facebook, menjelaskan filem berkenaan 'melukakan hati umat Islam' kerana berbaur penghinaan agama.

(Tangkap layar hantaran di FB Imam Qari Muhammad Asim yang mengutuk filemĀ 'The Lady of Heaven')

Hantaran tersebut didakwa menyebabkan sekumpulan penduduk Muslim di negara itu melakukan tunjuk perasaan di luar pawagam bagi memaksa rangkaian panggung wayang kedua terbesar di dunia, Cineworld membatalkan semua tayangan filem berkenaan.

Perkhidmatan Asim ditamatkan serta merta kerana tindakannya itu dikatakan tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai Timbalan Pengerusi Jawatan kuasa Mengenai anti-Muslim.

Surat itu juga menyebut bahawa kempen membantah tayangan filem berkenaan membawa kepada protes jalanan yang mencetuskan kebencian agama.

Bagaimanapun Asim yang turut berkhidmat sebagai penasihat bebas kerajaan mengenai Islamofobia, masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu. - AFP

Media Baharu