fb fb fb fb fb

Empat terkorban dalam letupan bom libatkan bas mini di Afghanistan

(FOTO AFP)

KABUL, 12 Jun - Letupan bom melibatkan sebuah bas mini membunuh sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan beberapa yang lain di ibu negara Afghanistan semalam.

Letupan di daerah timur Kabul itu merupakan yang terbaru dalam siri serangan maut yang menggegarkan Afghanistan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kurang setahun sejak pengambilalihan Taliban.

(FOTO AFP)

Jurucakap polis, Khalid Zadran berkata, sepasukan anggota keselamatan Taliban telah dikerahkan untuk melakukan siasatan

Setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas pengeboman yang berlaku di daerah yang didiami terutamanya oleh ahli masyarakat Sunni Pashtun.-AFP

Media Baharu