fb fb fb fb fb

Rusia tidak akan patuh ketetapan ECHR

MOSCOW, 12 Jun - Presiden Vladimir Putin telah menandatangani rang undang-undang mengenai ketidakpatuhan Rusia terhadap keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR), menurut Kremlin pada Sabtu.

Selaras dengan undang-undang baharu itu Rusia tidak akan mematuhi ketetapan ECHR selepas 15 Mac apabila negara itu mengumumkan keluar daripada Majlis Eropah, lapor Xinhua.

(Presiden Vladimir Putin/FOTO BERNAMA)

Sementara itu pampasan yang dinilai ECHR akan dibayar dalam matawang rubel dan hanya dipindahkan ke dalam akaun di bank Rusia.

Rang undang-undang itu telah diluluskan oleh Majlis Persekutuan atau Dewan Negara parlimen Rusia pada Rabu.

Media Baharu