fb fb fb fb fb

Pilihan Raya Parlimen Perancis: Perikatan Macron dijangka menang kerusi terbanyak

(Emmanuel Macron dan isterinya tiba untuk mengundi dalam pilihan raya parlimen Perancis di sebuah pusat mengundi di Le Touquet, utara Perancis pada 12 Jun 2022/AFP)

PARIS, 13 Jun- Perikatan berhaluan tengah pimpinan Presiden Perancis, Emmanuel Macron berada di landasan untuk memenangi jumlah terbesar kerusi parlimen selepas pusingan pertama pengundian semalam, unjuran daripada firma pengundian menunjukkan walaupun masih tidak jelas sama ada ia akan memperoleh majoriti.

Perikatan pimpinannya diunjurkan oleh empat firma untuk memenangi 225 hingga 310 kerusi dalam pusingan kedua pengundian pada 19 Jun, dengan gabungan sayap kiri baharu menduduki tempat kedua, dengan 150 hingga 220 kerusi.

Macron perlu meraih sekurang-kurangnya 289 daripada 577 kerusi Dewan Perwakilan untuk mendapat majoriti bagi mengukuhkan kedudukannya sepanjang lima tahun penggal keduanya.


((Emmanuel Macron melambai ketika meninggalkan pusat pengundian selepas mengundi pada pusingan pertama pilihan raya parlimen Perancis/REUTERS)

Kedua-dua kumpulan memperoleh kira-kira 25% hingga 26% undi popular yang menyaksikan kurang daripada separuh pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab, menyebabkan peratusan keluar mengundi paling rendah diunjurkan pada 52% hingga 53%.

Perhimpunan Kebangsaan paling kanan yang diketuai oleh Marine Le Pen, yang tewas kepada Macron dalam pilihan raya pada April, dianggarkan memeperoleh 19% undi, beramaan 10 hingga 45 kerusi, menurut unjuran. -AFP

Media Baharu