fb fb fb fb fb

Filem "The Lady of Heaven" hina agama Islam

Rabat, 12 Jun - Maghribi mengharamkan tayangan filem British "The Lady of Heaven" yang disifatkan menghina agama Islam.

Kenyataan Pusat Sinematografi negara itu menyebut keputusan tegas itu diambil beberapa jam selepas Majlis Tertinggi Ulama Maghribi mengutuk filem terkenaan.

Ia memandangkan filem arahan Eli King itu secara jelas memalsukan sejarah Islam.

Filem itu mengenai kisah kehidupan anak perempuan Nabi Muhammad, Saidatina Fatimah az-Zahra turut mendapat bantahan umat Islam di beberapa negara yang mengecam filem itu sebagai menghina agama.

(FOTO HIASAN)

Keputusan CCM melarang filem tersebut daripada ditayangkan sama ada atas dasar komersial atau budaya di negara ini.

Drama itu didakwa sebagai filem pertama mengenai kehidupan anak perempuan Nabi Muhammad, Saidatina Fatimah az-Zahra  dan menarik hubungan antara kumpulan Negara Islam pada abad ke-21 dan tokoh sejarah dalam Islam Sunni.

Filem dikeluarkan di Britain pada 3 Jun lalu tetapi selepas protes daripada umat Islam di luar pawagam rangkaian pawagam kedua terbesar di dunia, Cineworld, membatalkan semua tayangan.

Mesir, Pakistan, Iran dan Iraq antara negara yang mengecam filem itu sebagai menghina agama. - AFP

 

 

 

 

Media Baharu