fb fb fb fb fb

China tangguh pembukaan semula sekolah

BEJING, 12 Jun - Penularan jangkitan COVID-19 yang semakin tinggi memaksa pihak berkuasa China untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah yang dijadualkan minggu depan.

Berita ini amat mendukacitakan kanak-kanak di Beijing yang telah lama tidak menjalani sesi persekolahan secara fizikal.

Keputusan diambil seiring dengan strateginya iaitu "Sifar COVID-19 ".

(Jangkitan COVID-19 semakin tinggi di China)

China telah melaksanakan perintah berkurung secara bersasar pengujian kes melibatkan ribuan penduduk dalam satu-satu masa, selain tempoh kuarantin yang panjang.

Pihak berkuasa mengurangkan banyak sekatan bermula awal minggu ini.

Namun berpuluh-puluh jangkitan yang dikaitkan dengan bar menyebabkan pihak itu mengetatkan lagi sekatan.

Kebanyakan pelajar sekolah rendah dan menengah akan meneruskan pembelajaran secara dalam talian di rumah mulai Isnin. - AFP

Media Baharu