fb fb fb fb fb

Beribu berhimpun di Washington bantah keganasan senjata api

(Seorang peserta memegang sepanduk semasa membantah keganasan senjata api
semasa tunjuk perasaan pada 8 Jun di Washington/AFP)

WASHINGTON, 12 Jun- Beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di bandar raya Washington menggesa undang-undang bagi mengekang keganasan senjata api diluluskan.

Tindakan itu susulan daripada tragedi pembunuhan beramai-ramai di sekolah rendah Texas oleh penceroboh bersenjata api.

Tunjuk perasaan itu digerakkan Kumpulan keselamatan senjata api (MFOL).

Ia diasaskan oleh pelajar yang terselamat dalam pembunuhan beramai-ramai pada 2018 di sebuah sekolah menengah Parkland, Florida.

Kumpulan tersebut berkata pihaknya merancang lebih daripada 450 perhimpunan termasuk acara di New York, Los Angeles dan Chicago.

(Orang ramai hadir menyokong kawalan senjata di hadapan Monumen
Washington, Sabtu, 11 Jun 2022, di Washington/AP)

Mesej yang dibawa pada perarakan kali ini ialah untuk menggesa pemimpin politik untuk bertindak segera, sekiranya tidak mahu kejadian sama berulang.

Sebelum ini, seorang lelaki bersenjata di Uvalde, Texas, membunuh 19 kanak-kanak dan 2 guru pada 24 Mei lalu.

Manakala 10 hari sebelumnya, seorang lagi lelaki bersenjata membunuh 10 orang kulit hitam di sebuah kedai runcit Buffalo, New York dalam serangan perkauman.-REUTERS

Media Baharu