fb fb fb fb fb

Iran tarik balik sekatan terhadap WhatsApp, Google Play

Foto REUTERS

TEHRAN, 28 Disember- Pihak berkuasa Iran telah menarik balik sekatan ke atas platform WhatsApp dan Google Play.

Menurut laporan media rasmi Iran pada Selasa lalu, ia sebagai langkah awal untuk mengurangkan sekatan internet.

Platform media sosial digunakan secara meluas dalam protes antikerajaan di Iran.

Iran terkenal dengan kawalan yang sangat ketat terhadap akses internet.

Pada September lalu, Amerika Syarikat menyeru syarikat teknologi besar untuk membantu mengatasi penapisan dalam talian di negara-negara yang mengenakan kawalan internet ketat, termasuk Iran. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM