fb fb fb fb fb

Iran, Arab Saudi ikrar bawa keselamatan, kestabilan di Timur Tengah

(FOTO AFP)

BEIJING, 8 April - Arab Saudi dan Iran komited serta bersetuju untuk segera memulihkan hubungan diplomatik selepas menandatangani pengumuman bersama di Beijing, China, pada Khamis.

Detik bersejarah itu dirakam pada pertemuan tiga penjuru antara Menteri Luar China Qin Gang , Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud dan Iran, Hossein Amir Abdollahian.

(FOTO AFP)

Menurut Qin yang juga anggota Dewan Negara China, konsensus penting yang dicapai Presiden Xi Jinping dengan pemimpin Arab Saudi dan Iran serta usaha bersama ketiga-tiga pihak, dialog Arab Saudi dan Iran yang berlangsung di Beijing membuahkan hasil.

Tiga faedah utama daripada pemulihan hubungan antara Arab Saudi dan Iran itu ialah memberikan jaminan kuat kepada usaha memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.

Serta berperanan penting untuk memperkukuh perpaduan dan kerjasama antara negara serantau, selain meredakan ketegangan situasi serantau.

Dalam pada itu, kedua-dua Menteri Luar Arab Saudi dan Iran menyatakan komitmen untuk memperbaiki hubungan dua hala secara berterusan, dan bersama-sama komited kepada pemeliharaan keselamatan serta kedamaian serantau.-AFP

Media Baharu